Setitis Embun, Sejuta Rahsia
Air
titisan embun keluaran Anggun Kasih Sdn
Bhd adalah sumber air unggul seumpamanya
di dunia, diproses menggunakan sistem pemerosesan teknologi terkini VUVIP iaitu
kaedah meluwap kelembapan seterusnya akan jatuh sebagai titisan embun.
Kaedah ini adalah replikasi teknologi
pemprosesan semula jadi yang Allah SWT ciptakan untuk menghasilkan
proses pemeluwapan yang membolehkan air embun dihasilkan secara berterusan
walaupun dalam keadaan kelembapan yang rendah.

Air titisan embun
yang dihasilkan kemudiannya melalui proses penjanaan ozon, UV dan gas untuk rawatan membersihkan
air yang bertindak secara automatik sepertimana yang dihasilkan dalam alam
semulajadi. Proses ini mampu mengikat aliran air bagi bertindak menghapuskan segala bentuk kotoran dan bakteria dalam air
embun. Bagi memastikan tahap kualiti embun sentiasa tinggi, proses penyucian
dilakukan menggunakan teknologi penapisan khas yang suci lagi halal supaya air
embun yang dihasilkan dari aspek kandungan, rasa dan auranya dapat dipelihara,
diyakini, dimanfaatkan serta selamat untuk diminum
.